Selepas sambutan menggalakkan pengguna tempatan terhadap produk makanan kesihatan berasaskan enzim, Zymtech Corporation Sdn Bhd (Zymtech) yakin mampu menembusi pasaran negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada pertengahan tahun depan.
Pengarah Urusan Zymtech, Datuk Mohd Najib Mohd Kamaruddin berkata, keyakinan itu bukan saja disandarkan kepada sambutan pengguna, malah peningkatan kesedaran orang ramai mengenai faedah makanan kesihatan berasaskan enzim.
“Setakat ini, Zymtech mengedarkan empat produk iaitu Ginseng Enzyme, Enzyme Glacial Mud Bar, Cocoa Enhanced with CoQ10 dan D’tox Enzyme yang dihasilkan menerusi kerjasama syarikat induk kami iaitu First Global Sdn Bhd dengan Biozyme Biotech yang berpangkalan di Taiwan.
“Pada pertengahan tahun depan, empat produk ini akan dipasarkan di negara anggota OIC tertakluk kepada potensi dan permintaan tinggi umpamanya Arab Saudi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sebagai duta dan penasihat kumpulan saintis Zymtech di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Zymtech, Datuk Harun Idris; Ketua Pegawai Eksekutif, Khairil Azman Khalid; Penasihat Syarikat, Zainab@Zurina Che Lin dan Ketua Saintis, Dr Mohd Nazil Salleh.
Mohd Najib berkata, sambutan menggalakkan produk itu berdasarkan kaedah pemasaran menerusi stokis yang dilantik di seluruh negara.
“Melalui kaedah ini, kami dekat kepada pengguna kerana stokis yang terlatih termasuk oleh saintis kami mampu berinteraksi lebih berkesan dengan pembeli,” katanya.
Beliau berkata, produk makanan kesihatan berasaskan enzim sebenarnya sudah terkenal di Jepun dan Eropah manakala di negara ini, ia masih boleh dikatakan baru.
“Enzim boleh membantu meningkatkan tahap pembentukan sel, menyingkirkan toksik dan meningkatkan tahap kesihatan badan.
“Jadi kami akan berusaha meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan makanan tambahan berasaskan enzim yang berguna dalam kehidupan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Najib berkata, bagi membantu rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis, sebanyak RM7 daripada setiap pembelian produk Zymtech akan dimasukkan ke Tabung Bantuan Palestin.
Petikan daripada Harian Metro; 1 Oktober, 2010; oleh Muhd Izawan Baharin (izawan@hmetro.com.my)
Teroka Pasaran OIC
under:
berita
Search
Facebook Badge
Categories
- berita (1)
- info sains (2)
- promosi (3)
- teknologi enzim (5)
Powered by Blogger.
0 Comments Received
Leave A Reply