Apa itu Enzim?
Enzim adalah protin yang dihasilkan oleh sel di dalam badan kita dan juga organisma hidup yang lain. Enzim adalah sejenis protin tersendiri yang mempunyai tugasan yang tertentu seperti menyusun molekul-molekul, membantu tindakbalas kimia, memecahkan kompaun menjadi lebih kecil dan menambah elemen yang diperlukan oleh kompaun.
Secara langsung enzim merupakan pemangkin proses tindakbalas kimia di dalam badan kita dan menyokong daya hayat hidup kita. Ada banyak jenis enzim dan setiap enzim itu ada fungsinya yang tertentu. Enzim perlukan bahan untuk ia membuat kerja atau tindakbalas. Tanpa bahan yang diperlukan, enzim tidak mempunyai fungsi.
Cara kerja Enzim?
Secara umum enzim merupakan pemangkin untuk tindakbalas bio-kimia. Sebagai pemangkin ia menaikkan dan mempercepatkan kadar tindakbalas. Beribu tindakbalas bio-kimia yang berlaku setiap saat di dalam badan kita tidak dapat berlaku tanpa enzim yang mempercepatkan tindakbalas itu. Sebagai contoh, protin boleh dipecahkan kepada asid amino di dalam makmal tanpa gunakan enzim tapi untuk itu ia memerlukan suhu terlampau, tekanan tinggi, asid yang kuat dan akan memakan beberapa jam.
Keadaan ini memang amat tidak sesuai pada badan kita. Sebaliknya dengan enzim, tindakbalas ini boleh dilakukan dalam beberapa minit di dalam air pada suhu biasa. Satu lagi sifat yang unik untuk enzim ialah ia sendiri tidak berubah atau musnah dalam proses ia memangkinkan tindakbalas bio-kimia. Oleh itu dengan penambahan enzim akan mempercepatkan kadar tindakbalas bio-kimia.
Dari mana Enzim datang dan ke mana ia akan pergi?
Enzim wujud dalam semua makanan mentah. Semua makanan mentah termasuk daging ada aktiviti enzim. Sebagai contoh pisang ada enzim amylase yang menukarkan kanji kepada glukosa. Dalam beberapa hari amalyse menukarkan kanji pisang kepada glukosa dan oleh itu pisang yang bertukar warna kehitaman akan rasa lebih manis. Kiwi pula mengandungi enzim bernama actinidin di mana anda tidak boleh membuat agar-agar dengan kiwi segar kerana enzim actinidin ini akan mengelakkan pembekuan agar-agar.
Memasak atau pemprosesan makanan memusnahkan kegiatan enzim. Inilah konsep pengetinan makanan - di mana haba akan memusnahkan enzim dan menjadikan makanan dalam tin lebih tahan. Enzim boleh hidup di dalam perut pada kadar PH antara 4.5 hingga 5.5 untuk satu jangka waktu dan boleh membantu pencernaan makanan dalam perut. Binatang dan manusia menghasilkan enzim dari acid amino. Semakin banyak makanan mentah yang kita ambil boleh mengurangkan penghasilan enzim pencernaan oleh perut kita.
Kitaran enzim dalam badan melakukan banyak tugas yang lain seperti membaikpulih dan menjaga kesihatan sel dan badan secara keseluruhan. Apabila enzim ini habis jangka hayatnya, enzim lain dalam badan akan tukarkannya kepada asid amino dan digunakan untuk fungsi yang lain.
Kenapa anda perlu produk Enzim sebagai nutrisi dan suplimen?
Pencernaan yang sempurna dan teratur menjamin kesihatan yang menyeluruh. Pengambilan enzim mendatangkan banyak khasiat kepada kita terutamanya pada kita yang banyak mengambil makanan yang dimasak atau makanan yang sudah diproses oleh kilang. Banyak pengilang mengelakkan pengunaan enzim kerana ia memerlukan pengetahuan sains yang tersendiri dan kepakaran yang tinggi.
Kenapa ambil suplimen enzim jika kita boleh ambil makanan mentah?
Kita boleh ambil makanan mentah tapi diet seperti ini amat sukar kita buat atau amalkan. Contoh jika kita ambil daging mentah kita akan terdedah kepada bakteria yang bertoksik dan memang tidak sesuai untuk kita. Dan jumlah enzim dalam makanan mentah akan mengambil beberapa jam untuk pencernaan sempurna. Suplimen enzim adalah enzim yang telah dipadatkan dan jumlahnya amat banyak dan membantu pencernaan dengan lebih cepat.
Enzim dan Kita
Hubungi kami untuk maklumat lanjut Klik Di Sini
under:
promosi,
teknologi enzim
Search
Facebook Badge
Categories
- berita (1)
- info sains (2)
- promosi (3)
- teknologi enzim (5)
Powered by Blogger.
0 Comments Received
Leave A Reply