Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ), hampir 70 % dari populasi dunia menggunakan ubat dari tumbuh-tumbuhan terutamanya di negara-negara sedang membangun dan mundur kerana ianya murah dan mudah didapati. Pengguna di negara-negara maju menggunakan ubat ini sebagai alternatif kepada rawatan moden.
Sebanyak 150,000 daripada 250,000 spesis tumbuhan yang diketahi di dunia adalah berasal dari kawasan tropika. Di samping itu, contohnya di Malaysia 1,230 daripadanya telah lama digunakan di dalam rawatan tradisional. Kaum Melayu misalnya menggunakan akar susun kelapa ( Tabernaemontana divaricata ), akar melur (Jasminum sambac ), bunga raya ( hibisus rosa sinensis ) dan ubi memban ( marantha arundinacea ) untuk rawatan kanser. Kajian saintifik menunjukkan Tabernaemotana divaricata mengandungi unsur-unsur anti-kanser.
Hutan tropika merupakan gudang semulajadi yang terbesar untuk perubatan moden. Tumbuh-tumbuhan merupakan sumber penghasilan analgesik, antibiotik enzim-enzim, hormon-hormon eiuretik, kompaun-kompaun anti parasit, laksatif, anti – koagulan dan pelbagai bahan lagi.
Tumbuh – tumbuhan juga menjadi "pelan induk" dan tempat untuk penghasilan beberapa produk perubatan, contohnya stuktur kimia kokain yang membawa sintesis prokain iaitu sejenis anaestetik. Alkaloid tumbuh-tumbuhan mempunyai aplikasi perubatan termasuklah dalam penghasilan kokain, kuinin, kafein, nikotin, efedrin dan reserpin.
Alkaloid yang paling terkenal ialah vinkristin dan vinblasti. Alkaliod ini terhasil daripada sejenis tropika iaitu ‘Rosy periwinkle’. Ia memberi peluang tersebut 80 % kepada kanak-kanak yang menghidap pesakit leukimia. Kedua-dua alkaloid ini digunakan secara meluas di dalam rawatan kanser payu dara, kanser rahim dan testikular. ‘Rosy periwinkle’ diketahui dari seorang bomoh asli di Madagaskar serta Jamaica.
‘Physalis minima’ ( letup-letup ) digunakan untuk rawatan sakit pinggang dan kanser. Kajian saintifik ini menunjukkan tumbuhan ini mengandungi ekstrak alkoholnya yang dapat merendahkan tekanan darah. Di samping itu ‘Nepahenehes gracili’ ( periuk kera ) didapati boleh digunakan untuk rawatan selepas bersalin, sakit perut, cirit birit, batuk dan demam.
‘Melastoma malabarthrium’ ( senduduk ) pula digunakan untuk rawatan buasir, keputihan dan cirit birit. Kajian saintifik menunjukkan ia menghentikan pendarahan dengan sifat anti agregasinya. Penemuan reserpin sebagai agen anti hipertensif dalam Rauwolfia Volvitria dan vinblastin serta vinkristin dari Cantraranthus Roseous sebagai agen anti kanser adalah beberapa contoh yang baik.
Kepentingan Perubatan Traditional
under:
info sains
Search
Facebook Badge
Categories
- berita (1)
- info sains (2)
- promosi (3)
- teknologi enzim (5)
Powered by Blogger.
0 Comments Received
Leave A Reply