Selepas sambutan menggalakkan pengguna tempatan terhadap produk makanan kesihatan berasaskan enzim, Zymtech Corporation Sdn Bhd (Zymtech) yakin mampu menembusi pasaran negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada pertengahan tahun depan.
Pengarah Urusan Zymtech, Datuk Mohd Najib Mohd Kamaruddin berkata, keyakinan itu bukan saja disandarkan kepada sambutan pengguna, malah peningkatan kesedaran orang ramai mengenai faedah makanan kesihatan berasaskan enzim.
“Setakat ini, Zymtech mengedarkan empat produk iaitu Ginseng Enzyme, Enzyme Glacial Mud Bar, Cocoa Enhanced with CoQ10 dan D’tox Enzyme yang dihasilkan menerusi kerjasama syarikat induk kami iaitu First Global Sdn Bhd dengan Biozyme Biotech yang berpangkalan di Taiwan.
“Pada pertengahan tahun depan, empat produk ini akan dipasarkan di negara anggota OIC tertakluk kepada potensi dan permintaan tinggi umpamanya Arab Saudi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sebagai duta dan penasihat kumpulan saintis Zymtech di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Teroka Pasaran OIC
Enzim dan Kita
Apa itu Enzim?
Enzim adalah protin yang dihasilkan oleh sel di dalam badan kita dan juga organisma hidup yang lain. Enzim adalah sejenis protin tersendiri yang mempunyai tugasan yang tertentu seperti menyusun molekul-molekul, membantu tindakbalas kimia, memecahkan kompaun menjadi lebih kecil dan menambah elemen yang diperlukan oleh kompaun.
Secara langsung enzim merupakan pemangkin proses tindakbalas kimia di dalam badan kita dan menyokong daya hayat hidup kita. Ada banyak jenis enzim dan setiap enzim itu ada fungsinya yang tertentu. Enzim perlukan bahan untuk ia membuat kerja atau tindakbalas. Tanpa bahan yang diperlukan, enzim tidak mempunyai fungsi.
Cara kerja Enzim?
Secara umum enzim merupakan pemangkin untuk tindakbalas bio-kimia. Sebagai pemangkin ia menaikkan dan mempercepatkan kadar tindakbalas. Beribu tindakbalas bio-kimia yang berlaku setiap saat di dalam badan kita tidak dapat berlaku tanpa enzim yang mempercepatkan tindakbalas itu. Sebagai contoh, protin boleh dipecahkan kepada asid amino di dalam makmal tanpa gunakan enzim tapi untuk itu ia memerlukan suhu terlampau, tekanan tinggi, asid yang kuat dan akan memakan beberapa jam.
Keadaan ini memang amat tidak sesuai pada badan kita. Sebaliknya dengan enzim, tindakbalas ini boleh dilakukan dalam beberapa minit di dalam air pada suhu biasa. Satu lagi sifat yang unik untuk enzim ialah ia sendiri tidak berubah atau musnah dalam proses ia memangkinkan tindakbalas bio-kimia. Oleh itu dengan penambahan enzim akan mempercepatkan kadar tindakbalas bio-kimia.
Dari mana Enzim datang dan ke mana ia akan pergi?
Enzim wujud dalam semua makanan mentah. Semua makanan mentah termasuk daging ada aktiviti enzim. Sebagai contoh pisang ada enzim amylase yang menukarkan kanji kepada glukosa. Dalam beberapa hari amalyse menukarkan kanji pisang kepada glukosa dan oleh itu pisang yang bertukar warna kehitaman akan rasa lebih manis. Kiwi pula mengandungi enzim bernama actinidin di mana anda tidak boleh membuat agar-agar dengan kiwi segar kerana enzim actinidin ini akan mengelakkan pembekuan agar-agar.
Enzim daripada Tembakau
Bio-teknologi kini sedang memasuki generasi ketiga dalam kemajuannya. Pada mulanya, generasi pertama bio-teknologi hanya meningkatkan efisiensi produksi tanaman, kemudian generasi kedua bio-teknologi mulai menambahkan nilai produk makanan dengan tambahan nutrisi. Generasi ketiga bio-teknologi mulai memanfaatkan tanaman seperti tembakau, jagung, padi dan kacang untuk penghasil protein untuk keperluan perubatan, seperti antibodi monoklonal, enzim dan protein darah.
Ikuti petikan daripada majalah Tempo (Edisi. 51/XXXII/16-22 Februari 2004, tulisan Dody Hidayat) di Indonesia mengenai penghasilan enzim daripada tembakau.
Hamparan daun tembakau itu seolah permukaan danau yang beriak pelan. Angin sesekali menggoda. Daun-daun subur hijau kekuningan itu pun berayun bak gelombang. Lamat-lamat, tercium bau harum. Enam bulan sejak bibit ditebar, tembakau itu kini sudah siap dipanen.
Tapi, ini bukan sembarang tembakau. Daun-daun harum itu tak bakal dijual ke pabrik rokok yang menjadi penyumbang utama penyakit kanker. Sebaliknya, inilah tembakau transgenik, tembakau yang materi genetiknya (DNA) sudah direkayasa sehingga kaya protein. Dengan rekayasa itu, daun-daun yang semula jadi musuh utama paru-paru justru bakal menjadi bahan terapi bagi penderita kanker paru, sumber insulin untuk pengidap diabetes melitus, atau bahan pasta gigi yang dapat mencegah gigi keropos. Inilah kebun tembakau yang lebih pantas disebut pabrik farmasi karena dapat menggantikan reaktor fermentasi yang biasa ada di pabrik obat kimia.
Tembakau istimewa ini memang baru angan-angan, belum sempat ditanam, apalagi dipanen. Lahannya pun belum lagi siap. Tapi, para peneliti di Pusat Penelitian Bioteknologi milik Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) di Cibinong, Jawa Barat, sudah memulai pekerjaan untuk mewujudkan impian besar itu.
Produk Kesihatan dan Kecantikan Teknologi Enzim
Apa itu enzim?
Enzim merupakan sejenis protein yang terdapat di dalam tubuh manusia. Ia sangat kompleks dan merupakan bahan pemangkin penting untuk proses metabolisme dan pelbagai perubahan kimia dalam badan supaya seluruh sistem tubuh dapat berfungsi dengan sempurna.
Apa berlaku jika kekurangan enzim ?
Enzim sangat penting untuk badan. Oleh itu kekurangan enzim boleh mengakibatkan proses-proses berikut terjadi seperti menghalang proses penghadaman, penghasilan tenaga, penyembuhan penyakit, kadar tumbesaran dan lain-lain lagi.
Kenapa kita perlu penambahan enzim?
Lazimnya seperti kita tahu, semakin kita meningkat usia, hampir kebanyakan proses badan yang dahulunya aktif akan semakin menurun dan berkurangan. Selain itu kekurangan enzim juga adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang lain contohnya pemakanan yang tidak seimbang, penyakit dan kanser.
Kini dengan kemajuan bidang bio-teknologi, terdapat pelbagai produk yang mengandungi enzim di pasaran, termasuklah produk-produk Zymtech yang berasaskan enzim yang sedang saya gunakan dan jual. Anda juga boleh mencubanya!
Search
Facebook Badge
Categories
- berita (1)
- info sains (2)
- promosi (3)
- teknologi enzim (5)